Tuesday, August 22, 2017

Perasmian Projek Dana MyCARE-Al Furqan.

Fan Page wakaf, zakat dan derma

Shah Alam. Pada 18 hb. Ogos 2017 bertempat di Dewan sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan, telah berlangsung perasmian Projek Dana Pendidikan antara MyCARE-Al Furqan. Projek kerjasama dana ini adalah bertujuan untuk  mengumpulkan dana orang ramai yang bakal digunakan bagi pembangunan Al Furqan sekaligus Pendidikan di Palestin.

Dana yang bakal digerakkan oleh Al Furqan ini kelak, hasilnya akan dibahagikan kepada dua secara sama rata. Diatas keyakinan bahawa, setiap kebaikan yang diberikan kepada orang lain akan diganjari sekurang-kurangnya 10 kali ganda, maka staf Al Furqan berganding bahu untuk menjayakan program ini dengan harapan agar dalam tempoh yang dijangkakan, pertologan Allah akan tiba, sehingga bangunan sekolah yang pada hari ini disewa akan dapat dimiliki  oleh sekolah.

Nilai semasa bangunan yang bakal dibeli itu adalah RM 3.75 juta dengan nilai ubuhasuaian adalah sebanyak RM 250,000.00, atau nilai keseluruhan adalah sebanyak RM 4 juta. Tanpa bantuan Allah, jumlah yang kecil kepada sebahagian orang itu, namun besar kepada warga Al Furqan, sukar unuk diperolehi, dalam masa lebih kurang tiga tahun (atau kurang dari 2 tahun), iaitu di akhir 2019.


Kerjasama dengan MyCARE membuka ruang yang sangat luas kepada warga Al furqan menyumbang bantuan kepada rakan mereka di Palestin. Bantuan ini akan disasarkan untuk membina prasarana dan membangunkan sumber insan yang berkait dengan pendidikan. Semoga dengan itu Allah akan mempermudahkan urusan membangunkan Prasarana dan modal insan di Al Furqan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.

Ingin maklumat lanjut sila hubungi cikgu bat di: http://zakatwakafderma.wasap.my

juga boleh dapatkan maklumat di Fan Page Zakat, Wakaf dan derma.


Sunday, July 24, 2016

SEKITAR MAJLIS IFTAR 2016




KATA-KATA ALUAN OLEH YB DATO' AMIRUDDIN SETRO


PERASMIAN TANDAS MAAHAD OLEH EN. SUKARI


KETIBAAN YB DATO' AMIRUDDIN SETRO


YB DIIRINGI EN. SHAMSULKAMAL MELALUI PERBARISAN HORMAT


SESI TEMURAMAH BERSAMA PENGETUA


SESI TAZKIRAH


TAZKIRAH OLEH UST. ZUL RAMLI


TETAMU WANITA


TETAMU LELAKI


SESI BERBUKA PUASA I


SESI BERBUKA PUASA II





Friday, July 15, 2016

SEKAPUR SIRIH PENGETUA SMITQ HIRA' SEMASA PROGRAM IFTAR

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
                                                                                                                                         
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt,  kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, sekali lagi warga hira dan para jemputan yang budiman dapat melaksanakan program iftar kubra tahun ini. kita amat bertuah pada tahun ini kerana bukan sahaja warga kerja dikalangan staf yang bertungkus lumus, tetapi apa yang menarik adalah seluruh Ahli Kelab Usahawan Muda Hira yang dinaungi oleh PKNS turun padang menggembleng tenaga bagi sama-sama menjayakan program ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dato’ Amiruddin Setro, ADUN  Jeram, En. Sukari bin Simun, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendaftaran, yang mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Tuan Hj. Najeh bin Asmuin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pemimpin-pemimpin Masyarakat dan Ibu bapa kerana hadir ke majlis kami yang tidak sepertinya ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, Program Iftar Kubra ini adalah simbolik kepada penyataan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sama-sama membangunkan sekolah ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Ustaz Zul Ramli bin M. Razali, yang juga merupakan antara ibu bapa yang menghantar anak beliau ke sekolah ini bersetuju untuk menjadi Duta Dana Hira’. Satu tugasan berat secara sukarela yang hanya ingin mengharapkan keredhaan Allah.

Antara objektif  kita melaksanakan Kempen Dana Ramadhan sempena Iftar Kubra ini adalah untuk;

1)   Menggembleng tenaga yang sedia ada di sekolah baik dari pihak staf, pelajar mahupun ibu bapa bagi melonjakkan lagi aktivitisme penjanaan dana.

2) Menyasarkan kutipan sebanyak RM 200,000.00 bagi menampung keperluan pembangunan, kebajikan dan operasi sekolah untuk tahun 2016/17 antaranya:

·                     Kos Kebenaran Merancang
·                     Pembinaan Sengkuwap (awning) dataran Qurtubi
·                     Pembinaan Dataran Aspura
·                     Pintu Gerbang
·                     Keceriaan asrama, bangunan akademik dan surau.
·                     Pembinaan Kiosk Kelab Usahawan Muda
·                     Tabung Kebajikan

3)  Menyebarkan seluas-luasnya maklumat berkenaan peluang pelaburan/infaq akhirat kepada orang awam sepanjang tempoh kempen berkenaan. 

Kita amat bersyukur hingga hari ini, Hira’ telah lebih 30 tahun di persada pendidikan Islam. Sejak dari hari pertama sekolah ini ditubuhkan, ia telah beroperasi berkat derma dan wakaf orang ramai sehingga kini. Terima kasih kepada para dermawan sejak dari dulu hingga sekarang dan akan datang.

Suka untuk memaklumkan bahawa pada masa sama, hari ini, di Shah Alam Convention Centre (SACC) berlangsung acara penyerahan Van kepada sekolah ini oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM 116,000, manakala sepanjang Kempen Dana Ramadhan ini, sekolah ini telah menerima sebidang tanah dengan anggaran nilai RM 100,000, set penyejuk udara di Surau bernilai RM 30,000, dan namun tunai sebanyak RM 25,000 atau 12.5% dari sasaran, manakala sejumlah lagi masih belum direkodkan, nilai anggaran kasar jumlah yang telah diterima adalah sebanyak RM 271,000, ini adalah saham akhirat kepada mereka yang telah menyumbang. Saya menyeru kepada semua warga Hira’ agar memanfaatkan harta wakaf ini sebaiknya demi mengekalkan kesinambungan pahala kepada para pewakaf.

Saya rasa bangga dengan inisiatif yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga Hira’, baik dari kalangan pelajar, ibu bapa, staf akademik dan bukan akademik dalam kempen ini. Semoga jumlah sumbangan terus dapat ditingkatkan agar aktiviti sekolah tidak tergugat dengan kenaikan kos pada masa akan datang. Marilah kita sama-sama berpadu tenaga dan bertawakal kepada Allah, seterusnya meningkatkan keikhlasan kita dalam beramal. Mari kita menyalurkan bantuan atau membantu orang sekeliling kita menyalurkan bantuan kepada Hira’ yang setakat ini telah lebih 30 tahun mempertahankan harta-harta wakaf ini, sebagai manfaat kepada pewakafnya.

Akhir kata, Selamat beribadah dihujung-hujung Ramadhan ini, mari sama-sama banyakkan beriktikaf di masjid, semoga semua kita bertemu Lailatul Qadar. Mungkin tidak begitu awal untuk saya mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan batin’.  Kepada para pemandu ‘Hati-hati di jalan raya, kepulangan anda dinanti orang yang tersayang’.

Sekian dahulu. Semoga impian ini terlaksana. 

“Ingat infaq, ingat Hira’”.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Friday, May 20, 2016

UCAPAN SEKAPUR SIRIH PENGETUA SMITQ HIRA', JERAM


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kita  panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita, warga Hira sekali lagi melaksanakan Kempen Dana Ramadhan 1437H. Berbeza dengan tahun 1436H, tahun ini selain menetapkan sasaran kutipan iaitu RM 200.000, tahun ini juga kita melibatkan dua rakan kongsi yang utama iaitu Persatuan Ibubapa dan Guru IPH dan Kelab Usahawan Muda Hira’ yang bakal sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan program Iftar Kubra kita pada tahun ini. Manakala ahli-ahli Jawatan Kuasa Tarbiah secara tradisi menerajui acara ritual ini.

Saya sangat bersyukur kerana Ustaz Zul Ramli bin Razali, yang juga merupakan antara ibubapa yang menghantar anak beliau ke sekolah ini bersetuju untuk menjadi Duta Dana Hira’. Beberapa orang Pemimpin Tempatan juga telah menyatakan komitmen untuk hadir di majlis ini nanti.

Antara objektif kita melaksanakan Kempen Dana Ramadhan sempena Iftar Kubra ini adalah seperti berikut:

1) Menggembleng tenaga yang sedia ada di sekolah baik dari pihak staff, pelajar mahupun ibubapa bagi melonjakkan lagi aktivitisme penjanaan dana.

2) Menyasarkan kutipan sebanyak RM 200,000.00 bagi menampung keperluan pembangunan, kebajikan dan operasi sekolah untuk tahun 2016/17 antaranya:


  • Pembinaan Sengkuwap (awning) dataran Qurtubi
  • Pembinaan Dataran Aspura
  • Pintu Gerbang
  • Keceriaan asrama, bangunan akademik dan surau.
  • Pembinaan Kiosk Kelab Usahawan Muda
  • Tabung Kebajikan

3) Menyebarkan seluas-luasnya maklumat berkenaan peluang pelaburan/infaq akhirat kepada orang awam sepanjang tempoh kempen berkenaan. 

Kita amat bersyukur hingga hari ini, Hira’ telah lebih 30 tahun di persada pendidikan Islam. Sejak dari hari pertama sekolah ini ditubuhkan, ia telah beroperasi berkat derma dan wakaf orang ramai sehingga kini. Terima kasih kepada para dermawan sejak dari dulu hingga sekarang dan akan datang.

Bagi merealisasikan hasrat perkongsian maklumat berinfaq ini, maka beberapa saluran pemasaran telah  dimanfaatkan sebaiknya iaitu melalui media sosial, majalah dan surat khabar. Kita telah mengeluarkan lebih RM 10,000 bagi menampung kos promosi ini . Jika kempen tahun ini berjaya, Insya Allah pada tahun 2017 nanti radio dan TV juga akan cuba dimanfaatkan.

Sehingga ucapan alu-aluan ini ditulis, kami telah menerima sebidang tanah sebagai wakaf dari seorang Ibu yang dermawan buat bekalan beliau di sana nanti, terima kasih Ibu. Semoga kedermawanan Ibu menyuntik semangat kepada ramai orang untuk menyalurkan sumbangan kepada Dana Hira’.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berpadu tenaga dan bertawakal kepada Allah, seterusnya meningkatkan keikhlasan kita dalam beramal. Mari kita menyalurkan bantuan, atau membantu orang sekeliling kita menyalurkan bantuan kepada Hira’ yang setakat ini telah lebih 30 tahun mempertahankan harta-harta wakaf ini, sebagai manfaat kepada pewakafnya.

Sekian dahulu. Semoga impian ini terlaksana. 

“Ingat infaq, ingat Hira’”.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuesday, May 10, 2016

INFAQ DAN CARA PEMBAYARAN


BERIKUT ADALAH SENARAI INFAQ YANG BOLEH DILAKUKAN:


1. SUMBANGAN IFTAR KUBRA (1 DULANG=RM100)


2. WAKAF (LHDN: ADA)

"APABILA MATINYA SESEORANG ANAK ADAM ITU, MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA DAN ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA." (HADIS RIWAYAT MUSLIM)


HIKMAH BERWAKAF:

1)  MENZAHIRKAN PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

2)  SEBAGAI LANGKAH MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T. 

3)  MENDAPAT KEBAJIKAN YANG BERKEKALAN WALAUPUN PEWAKAF TELAH MENINGGAL DUNIA.

4)  BERKONGSI MANFAAT DI KALANGAN UMAT ISLAM DALAM MENYEMARAKKAN SYIAR ISLAM.

5)  DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN DAN EKONOMI UMMAH.

6)  DAPAT MENGEKALKAN PEMILIKAN DAN PERKONGSIAN ASET UMAT ISLAM DI NEGARA INI KHUSUSNYA.



3. DERMA (LHDN: ADA)


"PERUMPAMAAN (NAFKAH YANG DIKELUARKAN OLEH) ORANG-ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH ADALAH SERUPA DENGAN SEBUTIR BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI, PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA, DAN ALLAH MAHA LUAS (RAHMAT) KURNIANYA, LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUANNYA." (AL-BAQARAH: 261)



4. FIDYAH (LHDN: TIADA)


"... DAN WAJIB ATAS ORANG-ORANG YANG TIDAK TERDAYA BERPUASA (KERANA TUA DAN SEBAGAINYA) MEMBAYAR FIDYAH, IAITU MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN." (AL-BAQARAH: 184)


5. ZAKAT (LHDN: ADA)

"AMBILLAH (SEBAHAGIAN) DARI HARTA MEREKA MENJADI SEDEKAH (ZAKAT), SUPAYA DENGANNYA ENGKAU MEMBERSIHKAN MEREKA (DARI DOSA) DAN MENSUCIKAN MEREKA (DARI AKHLAK YANG BURUK); DAN DOAKANLAH UNTUK MEREKA, KERANA SESUNGGUHNYA DOAMU ITU MENJADI KETENTERAMAN BAGI MEREKA. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI." (AT-TAUBAH: 103)