Sunday, July 24, 2016

SEKITAR MAJLIS IFTAR 2016




KATA-KATA ALUAN OLEH YB DATO' AMIRUDDIN SETRO


PERASMIAN TANDAS MAAHAD OLEH EN. SUKARI


KETIBAAN YB DATO' AMIRUDDIN SETRO


YB DIIRINGI EN. SHAMSULKAMAL MELALUI PERBARISAN HORMAT


SESI TEMURAMAH BERSAMA PENGETUA


SESI TAZKIRAH


TAZKIRAH OLEH UST. ZUL RAMLI


TETAMU WANITA


TETAMU LELAKI


SESI BERBUKA PUASA I


SESI BERBUKA PUASA II





Friday, July 15, 2016

SEKAPUR SIRIH PENGETUA SMITQ HIRA' SEMASA PROGRAM IFTAR

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
                                                                                                                                         
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt,  kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, sekali lagi warga hira dan para jemputan yang budiman dapat melaksanakan program iftar kubra tahun ini. kita amat bertuah pada tahun ini kerana bukan sahaja warga kerja dikalangan staf yang bertungkus lumus, tetapi apa yang menarik adalah seluruh Ahli Kelab Usahawan Muda Hira yang dinaungi oleh PKNS turun padang menggembleng tenaga bagi sama-sama menjayakan program ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dato’ Amiruddin Setro, ADUN  Jeram, En. Sukari bin Simun, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendaftaran, yang mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Tuan Hj. Najeh bin Asmuin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pemimpin-pemimpin Masyarakat dan Ibu bapa kerana hadir ke majlis kami yang tidak sepertinya ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, Program Iftar Kubra ini adalah simbolik kepada penyataan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sama-sama membangunkan sekolah ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Ustaz Zul Ramli bin M. Razali, yang juga merupakan antara ibu bapa yang menghantar anak beliau ke sekolah ini bersetuju untuk menjadi Duta Dana Hira’. Satu tugasan berat secara sukarela yang hanya ingin mengharapkan keredhaan Allah.

Antara objektif  kita melaksanakan Kempen Dana Ramadhan sempena Iftar Kubra ini adalah untuk;

1)   Menggembleng tenaga yang sedia ada di sekolah baik dari pihak staf, pelajar mahupun ibu bapa bagi melonjakkan lagi aktivitisme penjanaan dana.

2) Menyasarkan kutipan sebanyak RM 200,000.00 bagi menampung keperluan pembangunan, kebajikan dan operasi sekolah untuk tahun 2016/17 antaranya:

·                     Kos Kebenaran Merancang
·                     Pembinaan Sengkuwap (awning) dataran Qurtubi
·                     Pembinaan Dataran Aspura
·                     Pintu Gerbang
·                     Keceriaan asrama, bangunan akademik dan surau.
·                     Pembinaan Kiosk Kelab Usahawan Muda
·                     Tabung Kebajikan

3)  Menyebarkan seluas-luasnya maklumat berkenaan peluang pelaburan/infaq akhirat kepada orang awam sepanjang tempoh kempen berkenaan. 

Kita amat bersyukur hingga hari ini, Hira’ telah lebih 30 tahun di persada pendidikan Islam. Sejak dari hari pertama sekolah ini ditubuhkan, ia telah beroperasi berkat derma dan wakaf orang ramai sehingga kini. Terima kasih kepada para dermawan sejak dari dulu hingga sekarang dan akan datang.

Suka untuk memaklumkan bahawa pada masa sama, hari ini, di Shah Alam Convention Centre (SACC) berlangsung acara penyerahan Van kepada sekolah ini oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM 116,000, manakala sepanjang Kempen Dana Ramadhan ini, sekolah ini telah menerima sebidang tanah dengan anggaran nilai RM 100,000, set penyejuk udara di Surau bernilai RM 30,000, dan namun tunai sebanyak RM 25,000 atau 12.5% dari sasaran, manakala sejumlah lagi masih belum direkodkan, nilai anggaran kasar jumlah yang telah diterima adalah sebanyak RM 271,000, ini adalah saham akhirat kepada mereka yang telah menyumbang. Saya menyeru kepada semua warga Hira’ agar memanfaatkan harta wakaf ini sebaiknya demi mengekalkan kesinambungan pahala kepada para pewakaf.

Saya rasa bangga dengan inisiatif yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga Hira’, baik dari kalangan pelajar, ibu bapa, staf akademik dan bukan akademik dalam kempen ini. Semoga jumlah sumbangan terus dapat ditingkatkan agar aktiviti sekolah tidak tergugat dengan kenaikan kos pada masa akan datang. Marilah kita sama-sama berpadu tenaga dan bertawakal kepada Allah, seterusnya meningkatkan keikhlasan kita dalam beramal. Mari kita menyalurkan bantuan atau membantu orang sekeliling kita menyalurkan bantuan kepada Hira’ yang setakat ini telah lebih 30 tahun mempertahankan harta-harta wakaf ini, sebagai manfaat kepada pewakafnya.

Akhir kata, Selamat beribadah dihujung-hujung Ramadhan ini, mari sama-sama banyakkan beriktikaf di masjid, semoga semua kita bertemu Lailatul Qadar. Mungkin tidak begitu awal untuk saya mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan batin’.  Kepada para pemandu ‘Hati-hati di jalan raya, kepulangan anda dinanti orang yang tersayang’.

Sekian dahulu. Semoga impian ini terlaksana. 

“Ingat infaq, ingat Hira’”.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.