Tuesday, August 22, 2017

Perasmian Projek Dana MyCARE-Al Furqan.

Fan Page wakaf, zakat dan derma

Shah Alam. Pada 18 hb. Ogos 2017 bertempat di Dewan sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan, telah berlangsung perasmian Projek Dana Pendidikan antara MyCARE-Al Furqan. Projek kerjasama dana ini adalah bertujuan untuk  mengumpulkan dana orang ramai yang bakal digunakan bagi pembangunan Al Furqan sekaligus Pendidikan di Palestin.

Dana yang bakal digerakkan oleh Al Furqan ini kelak, hasilnya akan dibahagikan kepada dua secara sama rata. Diatas keyakinan bahawa, setiap kebaikan yang diberikan kepada orang lain akan diganjari sekurang-kurangnya 10 kali ganda, maka staf Al Furqan berganding bahu untuk menjayakan program ini dengan harapan agar dalam tempoh yang dijangkakan, pertologan Allah akan tiba, sehingga bangunan sekolah yang pada hari ini disewa akan dapat dimiliki  oleh sekolah.

Nilai semasa bangunan yang bakal dibeli itu adalah RM 3.75 juta dengan nilai ubuhasuaian adalah sebanyak RM 250,000.00, atau nilai keseluruhan adalah sebanyak RM 4 juta. Tanpa bantuan Allah, jumlah yang kecil kepada sebahagian orang itu, namun besar kepada warga Al Furqan, sukar unuk diperolehi, dalam masa lebih kurang tiga tahun (atau kurang dari 2 tahun), iaitu di akhir 2019.


Kerjasama dengan MyCARE membuka ruang yang sangat luas kepada warga Al furqan menyumbang bantuan kepada rakan mereka di Palestin. Bantuan ini akan disasarkan untuk membina prasarana dan membangunkan sumber insan yang berkait dengan pendidikan. Semoga dengan itu Allah akan mempermudahkan urusan membangunkan Prasarana dan modal insan di Al Furqan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.

Ingin maklumat lanjut sila hubungi cikgu bat di: http://zakatwakafderma.wasap.my

juga boleh dapatkan maklumat di Fan Page Zakat, Wakaf dan derma.